Wednesday, March 17, 2010

Kematangan dalam Dakwah Jamai


"Abah what are they doing," Husna bertanya. "Oh they are doing MRT works" jawabku. "But Abah I cannot see anything?" "OK Abah will carry you up" Maka aku pun angkat Husna melepasi 'hoarding' atau tembok pemisah . "Oh ,its so big Abah ",jawab anakku apabila dia lihat berapa dalam dan besarnya kerja yang dilakukan kontraktor MRT.

Begitulah juga diri kita dalam berdakwah. Apabila kita mula berdakwah, kadang-kala kita tak faham apa yang dilakukan oleh ketua di dalam organisasi kita. Kita cuma dengar desas desus arahan saja dan tidak faham kenapa sesuatu langkah atau keputusan itu dilakukan. Seperti Husna, dia tidak tahu dan faham berapa besarnya projek MRT sehingga Abahnya mengangkat dia melepasi hijab yang ada.

Kadang-kala memang lumrah belia yang berkecimpung dalam berdakwah untuk cepat melihat hasilnya. Mereka lupa tentang protokol kerja-kerja dalam kumpulan dan organisasi.Pada mereka , administrative procedure merupakan red tapes yang tak perlu diikuti dan melambatkan dakwah yang mereka ingin capai. Namun mereka lupa bahawa 'procedure' amatlah penting supaya apa yang mereka hendak lakukan mendapat sokongan padu dan selari dengan visi kewujudan organisasi atau jemaah tersebut.

Financial procedure umpamanya adalah penting kerana kalau dilanggar ianya bukan saja akan merosakkan 'cash flow' organisasi tersebut tetapi juga credibility organisasi tersebut dimata masayarakat. Berita umpamanya tentang 'financial mismanagement' Venerable Ming Ye , seorang abbot Buddha yang terkemuka di Singapura, adalah satu pelajaran bagi kita bagaimana orang alim pun boleh melakukan kesalahan disebabkan tidak mengikut financial procedure sehingga mencemarkan nama baik organisasinya. Ingatlah orang alim boleh dimuliakan tetapi tidak disucikan dan mereka juga boleh melakukan kesalahan.

Maka itulah mereka yang berkecimpung dalam dakwah secara beroganisasi perlu akur tentang best practices procedure supaya ianya tidak membawa padah yang besar kepada individu atau organisasi tersebut. Walaupun seorang itu bergelar ustaz atau maulana sekalipun, penting supaya umpamanya hak executive dan legislatif dipisahkan supaya ada check dan balance terutama sekali dalam oraganisasi dakwah yang mana masyarakat mempunyai trust yang tinggi kepadanya.

Saga NKF juga mengingatkan kita pentingnya mengikut procedure dan membuat keputusan secara syura dan bukan keputusan melalui firasat atau kehendak seorang sahaja. Malah dalam satu peperangan Rasulullah terpaksa menanggung kekalahan dan luka disebabkan ikut pada syura walaupun beliau lebih cenderung pada pendapat yang lain dari majoriti. Dan Rasulullah tidak pula memarahi para sahabat dan menggunakan veto powernya dalam peperangan selanjutnya.

Maka itulah para pendakwah yang muda perlu bersabar apabila bekerja dalam saff. Kadangkala , mereka hanya faham apabila mereka bertambah matang tentang pentingnya para pemimpin mengambil semua aspek sebelum memberi satu-satu kata putus walaupun keputusan itu tidak menyebelahi kehendak mereka.

Bersabar dalam berjemaah bukanlah mudah apatah lagi bila kita merasakan bahawa organisasi tidak bergerak secepat yang kita mahu. Ingatlah keputusan jamai mungkin lembab tetapi insyaAllah ianya lebih diberkati.Seperti kekata Husna, "Oh it so big abah," maka lebih besar sesuatu projek itu, maka masa yang diambilnya juga lebih lama dan perlu penuh dengan ketelitian dan kesabaran.


----------------------------------------------
Salam senyum dari Abang Janggut

Wednesday, September 23, 2009

Back to Basics: Be a Healer Not a Judge

"I did not like the way she was dressed when she entered my office. However, the look in her eyes revealed sadness and bewilderment that called for compassion and patience. She sat down and started sharing her concerns hoping to find answers with me. I listened to her long enough. I learned that she was an Arab girl who received her education in France where she was raised. It was also clear that she barely knew Islam. I started explaining basic facts, dispelling suspicions, answering questions and refuting orientalists’ lies about Islam. I also did not forget to allude to today’s civilization and how it considers women as cheap flesh. At the end of my talk, the girl asked for a future appointment and excused herself. Soon after, a young man – on whom qualities of Outward Islamism were apparent – came storming into my office and said violently: “How come such wicked person was admitted here?” “The job of a physician is to accept. He doesn’t typically see healthy people, does he?” I replied. “Of course, you advised her to wear Hijab!” he added. I said to him “The issue is much bigger than that. There is the foundation that has to be laid. There is the Belief in Allah and the Hereafter. There is the hearing and the obeying of what was revealed in the Qur’an and the Sunnah, in addition to the pillars of worship and manners; the pillars that Islam cannot exist without …”. He interrupted me saying, “All of this does not mean we don’t order her to wear Hijab”. “I wouldn’t like it if she came in a nun’s clothes while her heart is void of Allah. I taught her the basis that will help her to choose, on her own free will, to wear more decent clothes,” I calmly replied. He tried to interrupt me again so I said firmly “I can’t drag Islam by its tail as you do. I lay the foundation and then start building and I usually achieve what I want with wisdom”. Two weeks later, the girl came back. She was wearing much more decent clothes with a scarf over her head. She resumed her questions and I resumed my teaching. Then I asked “Why don’t you go to the nearest mosque to your home?” I said that but immediately I felt remorse. I remembered that mosques are closed in the face of Muslim women. The girl answered that she hated the People of Religion and that she did not like to listen to them. “Why?” I asked “They are hard-hearted, and they treat us with contempt and scorn”, came her swift reply. I don’t know why I remembered Hind (Abu-Sufyan’s wife). She was the one who chewed Hamza’s liver and fought Islam vigorously until the 8th year of Hijrah. She did not really know the Prophet. However, when she knew him and saw his lenient manners, she told him “I never wished someone on the face of this earth to be abased more than you and your family. Now, I do not wish to see someone on the face of this earth more honored than you and your family”. The Prophet’s kindness and sympathy changed the hearts of the people around him. Now, would the Du`ah today learn from their Prophet? Would they learn to draw together instead of driving away, and to bring good tidings rather than to say things that repels people away from them and from Islam?" - Sheikh Muhammad Al-Gazali



----------------------------------------------
Salam Ukhwah dari Abang Janggut

Tuesday, March 17, 2009

Cerpen:Kisah Seorang Bapa Angkat

Pada suatu masa dahulu, ada satu keluarga yang bahagia. Mereka mempunyai seorang anak yang comel yang telah kehilangan bapanya. Hari demi hari, oleh kerana keadaan hidup yang semakin mencabar, saudara mara anak tersebut mula sibuk dengan hal masing-masing bekerja mencari nafkah untuk keluarga mereka sendiri.

Pada suatu hari anak yang comel tersebut jatuh sakit. Mukanya yang comel menjadi cengkung kerana penyakitnya. Ibu kepada anak-anak itu mula mencari saudara mara mereka untuk pertolongan. Ada yang memberi wang tetapi tidak sanggup untuk menjaga anak yang sakit itu kerana sibuk dengan keluarga masing-masing. Akhirnya, ibu anak tersebut terjumpa seorang duda.

Duda tersebut kasihan melihat keadaan anak yang sakit itu.Lagipun dia sangat suka kepada kanak=kanak. Tanpa berfikir panjang, dia bekerja keras untuk membiaya perbelanjaan perawatan anak itu. Bapa angkat itu amat sayang dengan anak angkatnya. Dia mencurahkan segala yang dia ada dalam berupa wang, masa, tunjuk ajar dan kasih sayang. Lama kelamaan anak tersebut mula beransur pulih. Mukanya kembali segar dan kembali aktif.

Pada suatu hari saudara-mara anak itu datang menziarahi ibu dan anak tersebut dan mendapati anak tersebut telah pulih. Mereka mula tertarik untuk menjaga anak itu kembali. Mereka memberitahu ibu anak itu bahawa mereka dapat memberikan tarbiyah yang lebih baik dari apa yang bapa angkat itu berikan kerana mereka adalah saudara mereka yang asli. Lagipun pada hemat mereka bapa angkat tersebut bukanlah bapa sebenar anak itu.

Ibu kepada anak tersebut itu tertarik dengan tawaran saudara maranya dan akhirnya memberikan anak tersebut supaya di didik oleh saudara maranya. Alangkah sedih dan remuknya hati bapa angkat tersebut. Anak yang diambil sewaktu tidak ada orang ingin , kini telah diberikan semula kepada ahli keluarganya apabila dia telah pulih.

Akhir cerita, bapa angkat tersebut kemudian meninggalkan ibu dan anak itu dengan hati yang berat tetapi penuh dengan harapan supaya anak tersebut menjadi anak yang soleh dan lebih baik dari dirinya.

----------------------------------------------
Salam Ukhwah dari Abang Janggut

Tuesday, February 17, 2009

Back to Basics: Keutamaan Kefahaman keatas Semata-mata Hafalan




"Man, kenapa engkau tak datang usrah?"kata min

"Aku belum hafallah apa naqib aku suruh,malulah nanti...lagipun tutorial aku pun banyak belum habis lagi ni " jawab Min.

Kadangkala , dalam semangat dakwah, para naqib dan naqibah kadangkala melakukan kesalahan untuk meminta sesuatu yang berat pada anak buah usrah mereka. Umpamanya ada naqib yang memulakan usrah dengan hafalan sedangkan dalam urutan keutamaan kefahaman lebih penting dari hafalan semata.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw menyebutkan maksudnya, "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan kepadanya kefahaman agamaNya."

Malah dalam sebuah hadis lain Rasulullah saw juga bersabda, " Perutusanku kepada umat manusia dengan membawa hidayah dan ilmu adalah laksana hujan lebat turun ke atas bumi. Ada sebahagian tanah yang bersih dan subur; dapat menyerap air dan menumbuhkan tanam-tanaman serta rumput yang banyak;ada sebahagaian tanah yang keras ,sehingga menampung air banyak yang berguna untuk manusia minum, bertani dan menyiram tanaman , dan ada satu jenis lagi yang tanah tidak menyimpan air dan tidak menumbuhkan pokok-pokok tanaman (tandus). Misalan pertama adalah orang yang mendapat kefahaman ilmu agama. Keduanya adalah orang yang belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain. Ketiga adalah orang yang sama sekali tidak ambil peduli terhadap risalah yang aku bawa dan tidak mendapat hidayah Allah."

Hadis tersebut menjelaskan bahawa golongan manusia yang paling tinggi darjatnya ialah orang yang memiliki ilomu dan kefahaman agama, kedua adalah mereka yang menghafal ilmu-ilmu agama kemudian mengajarkannya kepada orang lain. Dari sini nampaklah kepada kita bahawa orang yang memilki kefahaman dan pengertian adalah lebih utama dari orang yang hanya setakat menghafal. Oleh kerana itu tidak hairanlah apabila generasi Islam pertama memberikan keutamaan kepada mereka yang memiliki ilmu dan kefahaman daripada mereka yang sekadar menjadi penghafal sahaja.Keadaan ini sangat berbeza dengan kurun selanjutnya yang di mana para penghafal huffaz lebih mendapat keutamaan dari para ulama'.

Bukanlah bermakna bahawa hafalan itu tidak berguna tetapi hafalan adalah merupakan gudang simpanan yang boleh dimanfaatkan, tetapi bukanlah matlamat utama dan hanyalah perantaraan untuk mencapai kefahaman.

Para aktivis dakwah yang faham agama umpamanya dapat menyelesaikan masalah harian dan yang dihadapi masyarakat , mampu melakukan ijtihad dengan mengambil kira keadaan semasa dan waqi' lebih daripada para aktivis yang semata-mata hafal.

Bagi para naqib usrah terutamanya yang mempunyai anak buah mula berjinak-jinak , permudahkanlah dan jangan mempersulitkan kerana Allah berfirman , Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..." (Al Baqarah:185)

wallahua'lam






----------------------------------------------
Salam Ukhwah dari Abang Janggut

Thursday, January 29, 2009

Kesyukuran dalam Kekurangan

Aku bersyukur aku bukan seorang a'lim,
supaya aku tidak mudah bongkak,

Aku bersyukur aku tidak kaya,
supaya aku tidak tamak,

Aku bersyukur aku bukan seorang a'bid,
supaya aku tidak merasa ibadahku hebat,

Aku bersyukur aku tidak kacak,
supaya aku tidak digoda nafsu,

Aku bersyukur aku masih tidak terlepas dari dosa kecil,
supaya aku dapat merasa kemanisan taubat,

Aku bersyukur kerana aku mempunyai kekurangan,
supaya aku tidak terjerumus dengan bahaya perasaan kesempurnaan

Kerana kesempurnaan hanyalah milik Allah...


----------------------------------------------
Madah jiwang dari Abang Janggut

Saturday, January 24, 2009

Back to Basics: Antara Kualiti dan Kuantiti


Pertempuran antara Israel dan Hamas di Gaza baru-baru ini sangat menyayatkan hati umat Islam di seluruh dunia. Ada yang mengambil tindakan melaung-laungkan boikot terhapat produk keluaran Israel, ada yang membakar bendera dan tidak kurang pula yang ingin menyampaikan kemarahan mereka melalui duta-duta Israel di negara mereka.



Salah satu aspek yang boleh kita pelajari dari sejarah hitam baru-baru ini adalah dalam aspek kuantiti dan kualiti manusia. Tempat pertempuran ini berlaku di tengah-tengah benua Islam yang ramai penduduknya namun kuantiti umat Islam tidak dapat memberhentikan Israel dari menyerang dengan menggunakan teknlogi tercanggih. Memang benar firasat Rasululullah s.a.w apabila beliau bersabda," Hampir datang masanya seluruh umat berkerumun ke atas kamu dari setiap penjuru, seperti orang-orang yang lapar berkerumun ke atas sebuah dulang yang berisi makanan." Para sahabat bertanya: "Apakah kerana bilangan kami (kaum Muslimin" pada ketika itu sedikit, wahai Rasulullah...? Jawab Rasulullahs.a.w:"Bahkan pada ketika itu bilangan kamu banyak, namun kamu bagaikan buih air bah yang mengalir. Demi sungguh Allah akan angkat rasa gentar dan takut dari hati musuh-musuhmu terhadap kamu, dan DIA akan melemparkan rasa a-lWahn ke dalam hati kamu. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah penyakit al-Wahn itu...? "Cinta harta benda dunia dan takut akan kematian." Jawab Rasulullah s.a.w.



Hadis tersebut telah menerangkan secara jelas bahawa jumlah yang ramai tidak akan berarti apa-apa dan menjanjikan kemenangan jika ianya tidak berkualiti. Maka itulah umat Islam perlu memberi fokus kepada kualiti daripada kuantiti yang banyak. Para ibu-bapa Islam perlulah bukan sahaja memberi perhatian kepada bilangan anak yang mereka milki tetapi yang lebih penting kepada kualiti anak-anak yang Allah kurniakan kepada mereka.



Seperti Hamas, yang walaupun kecil bilangannya jika dibandingkan dengan kekuatan musuh dan penuh dengan serba kekurangan akhirnya kerana kesabaran dan kualiti tinggi yang ada pada diri dan jiwa mereka akhirnya berjaya memaksa pihak Israel yang dengan segala kekuatan politik dan militernya mengundurkan diri . Memang benar apa yang Allah terangkan di dalam firmannya, " Wahai Nabi, bangkitlah sengagt jihad kaum Mu'minin untuk berperang. Apabila ada dua puluh orang yang sabar dari kalangan kamu, nescaya mereka boleh mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) dari kalangan kamu, mereka dapat mengalahkan seribu orang daripada-orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti." (Surah al-Anfal :65)



Maka itulah shift ataupun tumpuan pendidikan Islam di Singapura perlulah juga berubah dari kuantiti keapada kualiti. Penekanan kepada kualiti bermakna , perlulah umpamanya nisbah ustaz:pelajar yang kecil supaya ianya intensif , berkesan dan berterusan. KPIs yang menekankan aspek kualiti dari semata-mata kuantiti dan mass production. Funding yang berteraskan penekankan kualiti kefahaman dan penghayatan dari semata-mata jumlah pelajar atau participation.



Syarikat atau oraganisasi Islam kadangkala dalam ingin mencari sebanyak mungkin pelajar , mengorbankan kualiti dari kuantiti. Ini tidak bermakna kuliah-kuliah dan kelas-kelas umum perlu diberhentikan tetapi adalah langkah selanjutnya untuk membentuk kelompok-kelompok kecil tetapi berkualiti. Organisasi Islam juga janganlah mendabik dada dengan ramainya ahli mereka tetapi sepatutnya melihat kualiti ahli yang mereka miliki.



Semoga usaha menumpukan pada kualiti dari kuantiti akan mendatangkan pertolongan Allah seperti firmannya di dalam sura Ali Imran: 123 ," Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, walhal kamu pada ketika itu adalah golongan yang lemah (sedikit). Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu dapat berbuat kesyukuran"



wallahua'alam

----------------------------------------------
Salam Kualiti dari Abang Janggut

Back to Basics:Angan-angan

Para Ulama' sirah telah mengisahkan bahawa pada suatu hari Khalifah Umar Ibn al-Khattab a.a. dan beberapa orang sahabat sedang berehat di sebuah tempat, kemudian katanya:"Wahai para sahabatku, berangan-anganlah...!"

Salah seorang sahabat berkata:"Saya berangan-angan ingin memiliki wang dirham (perak) yang dapat memenuhi tempat ini, kemudian wang tersebut saya pergunakan untuk perjuangan di jalan Allah." Dan orang kedua juga berangan-angan ingin memiliki wang dinar (emas) yang sebanyak tempat tersebut kemudian di belanjakan di jalan Allah."

Kemudian Say Umar r.a. berkata:"Saya berangan-angan memiliki orang-orang yang banyak (berkualiti) seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Muadz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah..."

Apakah angan-angan kita ?


----------------------------------------------
Salam Ukhwah dari Abang Janggut